Rabu, 21 Mei 2014

Ceramah Motivasi "Kaunseling Kekeluargaan" di Kompleks Islam Hulu Langat

21 Mei 2014, Bangi : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan khusus buat para Pegawai Khidmat Nasihat dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat, Selangor. Program ini telah diadakan bertempat di Kompleks Islam Daerah Hulu Langat di Bangi.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kaunseling Kekeluargaan" dengan berkongsi idea dan pandangan bersama para peserta tentang cara gaya berkomunikasi dengan klien sambil berkongsi tips serta panduan di dalam menangani permasalahan yang diterima daripada klien masing-masing.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dikongsikan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Awanama berkata...

I like the helpful information you supply on your articles.

I'll bookmark your blog and test again right here regularly.

I am somewhat sure I'll learn lots of new stuff right here!

Good luck for the next!

My weblog; accommodation belgrade