Selasa, 23 September 2014

Ceramah Motivasi "Bicara 45 : Komunikasi SUPERB"


22 September 2014, Putrajaya : Satu Program Ceramah Motivasi Pembangunan Modal Insan telah diadakan bersempena dengan pengisian slot BICARA 45 yang berlangsung di Bahagian Lobi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya.

Penceramah yang telah diundang kali ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Komunikasi SUPERB". Pelbagai tips-tips serta panduan ke arah komunikasi yang lebih baik dan efektif di lapangan kerjaya telah dikongsi dan diserapkan kepada sekelian peserta.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: