Selasa, 23 September 2014

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi DIRI" Taman Kelab Tuanku di UiTM Seremban 3

17 September 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Penduduk Taman Kelab Tuanku, Mambau. Program ini telah diadakan bertempat di Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Seremban 3.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Diri Menuju Kecemerlangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: