Isnin, 22 September 2014

Ceramah Motivasi Pelajar "Rejuvenasi DIRI" di SMK Dato' Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur

10 September 2014, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur. Program ini melibatkan kira-kira 100 orang Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PT3 pada tahun ini.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Diri Menuju Kecemerlangan". Pelbagai tips serta panduan telah dikongsikan demi menempa kecemerlangan masa hadapan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.









Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: