Selasa, 23 September 2014

Ceramah Motivasi "Pengurusan Mesyuarat" di APBM Port Dickson

17 September 2014, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi Belia telah diadakan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Program ini melibatkan penyertaan belia-belia dari Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Johor dan Terengganu.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Mesyuarat".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: