Isnin, 29 September 2014

Ceramah Motivasi Keluarga di Surau Taman Purba, Ampangan

28 September 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Kuliah Subuh telah diadakan bertempat di Surau Taman Purba, Ampangan. Slot mingguan ini, kali ini diisi dengan pengisian berkaitan "Pembinaan Keluarga Bahagia".

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan pelbagai tips serta panduan ke arah membawa kepada pembentukan keluarga bahagia.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.




 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: