Isnin, 8 September 2014

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Taman Purba, Ampangan

8 September 2014, Seremban : Satu Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bagi mengisi slot Kuliah Maghrib bertempat di Surau Taman Purba, Ampangan, Seremban. Ceramah ini telah berlangsung mulai jam 7.45 hingga ke jam 8.45 malam.

Penceramah yang telah diundang bagi mengisi slot ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pembinaan Keluarga Bahagia".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: