Rabu, 13 April 2011
Bengkel Debat Di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh
9 April 2011, IPOH: Satu bengkel debat telah berlangsung di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak. Program ini dianjurkan oleh pihak sekolah dengan menjemput delegasi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan juga Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Delegasi ini turut disertai oleh beberapa orang pendebat daripada Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Mengetuai delegasi ini ialah Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
Program bermula pada jam 12.00 tengahari dengan dimulakan dengan majlis alu-aluan dengan turut dihadiri oleh Mu'allimah Norba'ayah selaku wakil Pengetua bagi mengalu-alukan kehadiran delegasi dari Nilai ini.
Selepas daripada itu bermulalah program dengan Slot 'Penerangan Aspek Teknikal Debat Ala-Parlimen'. Slot ini diterima baik oleh semua peserta memandangkan, rata-rata yang hadir merupakan 'muka baru' di dalam dunia perdebatan ini. Penerangan telah disampaikan oleh Sdri Ummu Umairah (Pendebat USIM) dan Sdr Syamsul (Presiden ADAM) sendiri.
Program kemudiannya berhenti rehat seketika bagi memberi laluan untuk makan tengahari dan solat Zohor.
Program bersambung semula pada jam 3.00 petang dengan Demonstrasi Debat USIM lawan USIM. Pertandingan dilangsungkan dengan usul "Cinta Itu Buta". Pertandingan ini kemudiannya diberi ulasan penuh oleh Sdr Syamsul supaya semua dapat menilai aspek teknikal yang telah diterangkan di peringkat awal tadi.
Program seterusnya berhenti rehat untuk sesi petang, dan kemudiannya rehat bagi menunaikan solat Asar sebelum dijadualkan bersambung semula pada jam 8.00 malam.
Kesempatan ini diambil delegasi untuk bersiar-siar di Ipoh disamping memberi peluang delegasi mencari cenderahati yang sesuai buat tanda kenangan kepada para pendebat di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh.
Pada jam 6.30 petang kesemua delegasi kembali semula ke Sekolah Menengah Al-Hidayah untuk menikmati makan malam sebelum majlis bersambung semula pada jam 8.00 malam.
Pada jam 8.00 malam, program diteruskan dengan Demonstrasi Debat yang menemukan pertandingan pendebat lelaki SM Al-Hidayah dengan pendebat perempuan SM Al-Hidayah. Mereka berdebat dengan tajuk "Facebook Satu Keperluan".
Selesai pertandingan sekali lagi Sdr Syamsul memberikan ulasan serta cadangan kepada para pendebat untuk menambahbaik mutu persembahan debat mereka di masa hadapan.
Program akhirnya tiba di penghujungnya dengan majlis penutup dan sesi bergambar.
Delegasi bertolak pulang dari Sekolah Menengah Al-Hidayah, kira-kira jam 10.00 malam dan tiba di Nilai lebih kurang jam 2.00 pagi.
Akhir kata, tahniah dan syabas kepada Sekolah Menengah Al-Hidayah di atas usaha anda untuk membangunkan kemahiran debat di sekolah anda. EDITOR dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat anda semua. Sebahagian delegasi yang sempat bergambar ketika berada di hentian rehat Rawang
Ketibaan delegasi disambut oleh kakitangan Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh Suasana ketika Majlis Pembukaan berlangsungUmmu Umairah ketika membentangkan teknikal debatProgram berhenti rehat untuk makan tengahariSdr Syamsul memberikan taklimat sebelum bermulanya Demonstrasi Debat USIM v USIM Suasana ketika demonstrasi debat "Cinta Itu Buta" berlangsung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan