Ahad, 17 April 2011

Ceramah Motivasi di SMK Seri Perpateh, Palong 4

16 April 2011, GEMAS: Satu ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan betempat di SMK Seri Perpatih, Felda Palong 4 hari ini. Ceramah telah berlangsung di Dewan Besar Ibnu Khaldun, SMK Seri Perpateh.

Seramai 200 orang pelajar telah menyertai program ini. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Pelajaran MARA. Program ini telah turut dihadiri oleh, Pn Hjh Norzila Idris (Pengetua SMK Seri Perpatih), En Abd Syukor Ibrahim (Eksekutif Kanan, Bhg. Pengurusan Program, YPM) dan En Hazri Tohar (Wakil Pegawai Pelajaran DaerahJempol/Jelebu).

Program ini telah dirasmikan oleh En Hazri bin Tohar.

Program ceramah pula telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Dengan tajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" Sdr Syamsul telah menarik minat dan fokus pelajar dengan ceramahnya yang berlangsung mulai jam 9.30 pagi hinggalah ke jam 12.00 tengahari.

Tahniah diucapkan kepada pihak YPM dan pihak sekolah di atas usaha murni merealisasikan program ini, mudah-mudahan para pelajar mampu memperolehi manfaatnya.


Suasana sekolah SMK Seri Perpatih Dewan Besar Ibnu Khaldun di mana ceramah motivasi berlangsung
Banner program yang tersergam di pagar sekolahKetibaan tetamu kehormatPn Norzilah Idris menyampaikan ucapan alu-aluanEn Syukor menyampaikan ucapan bagi pihak YPM
En Hazri Tohar menyampaikan ucapan perasmian






Bermulalah sesi ceramah motivasi...
Para pelajar mendengar dengan fokus

Pelbagai aksi dan gaya
Pelajar ceria .....

Teknik mudah dan bersahaja digunakan




Cikgu Khairul Irwan menyampaikan ucapan penghargaan sebaik sahaja ceramah Sdr Syamsul berakhir

.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: