Isnin, 18 April 2011

Ceramah "Inovasi Perkhidmatan Awam" di KADA, Kelantan

Satu ceramah berkaitan INOVASI PERKHIDMATAN AWAM telah diadakan bertempat di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan. Ceramah ini telah berlangsung pada 9 April 2011 bertempat di KADA Kota Bharu, Kelantan. Penceramah yang dijemput menyampaikan ceramah adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Pegawai Berinovasi KADA Berkualiti".

Sdr Syamsul menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Meskipun demikian masa dirasakan cepat berlalu dengan ceramah beliau seperti biasa dikaitkan dengan pelbagai kisah yang kebetulan berkaitan dengan tajuk yang disampaikan.

Sdr Syamsul yang baru kali pertama berkunjung ke KADA ini berasa sangat bertuah serta gembira dengan sambutan yang serta reaksi yang ditunjukkan oleh para peserta.

Seramai kira-kira 120 kakitangan dan pegawai KADA yang telah menghadiri program ini. Dengan sambutan ini diharapkan kesemua pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri program ini akan dapat memanfaatkan segala input yang telah diterapkan menerusi sesi ceramah ini.

Sebaik sahaja selesai program ini Sdr Syamsul dan sekelian peserta telah sama-sama menikmati jamuan makan tengahari.

Sdr Syamsul bertolak pulang tepat jam 3.00 petang daripada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan. Akhir kata, EDITOR mengucapkan terima kasih kepada Pn Norhayati, selaku Pegawai Eksekutif KADA di atas kesudian serta inisiatif menjemput Presiden ADAM untuk menyampaikan ceramah di KADA Kelantan. Semoga dengan usaha dan inisiatif ini akan dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang. Insya Allah.



Para peserta yang mengikuti ceramah
Dewan yang dipenuhi kakitangan dan pegawai KADA
Suasana ceria
Sdr Syamsul ketika menyampaikan ceramah






Pelbagai input dikongsi bersama







Banyak juga kisah-kisah ceria yang dikaitkan



Semua mendengar dengan tekun hingga ke akhirnya

Suasana di tempat duduk belakang








Semua kekal ceria hingga ke akhir


Suasana sebaik sahaja selesai ceramah


Sdr Syamsul berbicara sesuatu bersama Pn Norhayati

Membasahkan tekak, menghilangkan dahaga selepas lebih 2 jam berceramah


Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada Pn Norhayati

Kembali duduk sebaik selesai upacara penyampaian hadiah

Akhirnya selesailah majlis ceramah yang dianjurkan oleh pihak KADA Kelantan ini

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: