Suasana ketika ceramah bermula
Selasa, 26 April 2011
Ceramah "Pengurusan Konflik Keluarga" di ILIM, Bangi
25 April 2011, Bangi: Satu ceramah bertajuk "Pengurusan Konflik Keluarga" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Ceramah beliau telah disampaikan selama dua jam iaitu mulai jam 2.30 petang hinggalah ke jam 4.30 petang.
Meskipun ceramah disampaikan pada waktu petang, namun para peserta kelihatan tetap kekal ceria dengan pelbagai kisah lucu dan teladan yang dikongsikan oleh Sdr Syamsul.
Menerusi ceramah beliau, beliau menyatakan bahawa, "Konflik keluarga atau suami isteri ini merupakan suatu masalah yang biasa. Yang penting adalah bagaimana cara kita mengawal dan seterusnya menguruskan konflik rumahtangga dengan baik dan berkesan. Ini juga adalah berpunca daripada ekspektasi (pengharapan) yang salah daripada pasangan yang mengakibatkan konflik itu wujud".
Sdr Syamsul mungkin akan menyampaikan satu lagi slot ceramah di sini pada 27 April 2011.
Suasana di bilik ceramah
Suasana ketika ceramah bermula
Suasana ketika ceramah bermula
Para peserta mula ceria dengan kisah-kisah yang disampaikan
Pelbagai aksi dan gaya
Suasana ceria menyelubungi bilik ceramah
Ada sahaja kisah teladan yang dikongsi bersama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan