Rabu, 27 April 2011

Ceramah Motivasi Keluarga di ILIM

27 April 2011, Bangi : Setelah berceramah untuk slot pertama bertajuk "Pengurusan Konflik Suami Isteri" pada 25 April 2011 yang lalu, sekali lagi untuk kumpulan yang sama Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) dijemput untuk menyampaikan ceramah. Kali ini Sdr Syamsul diminta menyampaikan ceramah bertajuk "Masalah Persekitaran Masyarakat : Kesannya Terhadap Keluarga Serta Penyelesaiannya".

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Sdr Syamsul memulakan ceramah bermula jam 2.30 petang setibanya beliau daripada satu lagi sesi ceramah di sebelah pagi bertempat di Maktab PDRM, Cheras.

Antara lain Sdr Syamsul menggambarkan betapa gejala sosial yang cukup membimbangkan pada hari ini serta berbahaya kepada perkembangan anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Oleh itu perlunya mekanisme kawalan daripada dalam keluarga itu sendiri bagi memastikan anak-anak tidak terjebak di dalam kancah permasalahan yang bisa merosakkan akhlak serta sahsiah perilaku anak-anak muda khususnya yang beragama Islam.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika ceramah tersebut berlangsung.

Penumpuan penuh terhadap ceramah yang disampaikan Kelihatan merujuk kepada nota yang telah disediakan
Sdr Syamsul tenang di dalam menghuraikan isikandungan ceramahnya
Suasana di dalam bilik ceramah

Ada juga kisah teladan yang dikongsi untuk renungan bersama

Ada sahaja kisah lucu yang mencuit hati peserta


Suasana meriah menyelubungi perjalanan sesi ceramah ini
Tidak dapat menahan ketawa nampaknya
Suasana keseluruhan bilik ceramah




Lagi ketawa terhambur di dalam bilik ceramah ini...
Sdr Syamsul menyelitkan kisah-kisah yang berkaitan dengan pengisian ceramah

Ceramah meskipun berlangsung petang sekalipun tidak menggugat tumpuan peserta terhadap ceramah Sdr Syamsul

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: