Selasa, 3 Mei 2011
Ceramah PRS di SEMESRA, Rembau
29 April 2011, REMBAU : Satu ceramah motivasi pembangunan pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA). Menerusi program ini ceramah bertajuk "Teknik Komunikasi Berkesan" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah di hadapan 120 pelajar yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) daripada sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) zon selatan.
Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul mulai jam 3.00 petang hinggalah ke jam 5.00 petang. Antara lain, menerusi pengisian ini diharapkan pelajar-pelajar yang dipilin menjadi PRS ini mampu berkomunikasi dengan teknik yang betul serta memaparkan karisma pelajar selaku PRS yang mana seterusnya kemahiran komunikasi ini juga dapat digunakan di alam universiti dan seterusnya tatkala sesudah memiliki kerjaya kelak.
Sdr Syamsul yang memiliki rekod cemerlang di sepanjang pengajian akademik, pertandingan pidato dan debat di peringkat universiti dahulu banyak juga berkongsi pengalaman di dalam mencipta kejayaan di dalam bidang berkaitan pengucapan awam ini.
Adalah diharapkan menerusi program ceramah seperti ini, mampu mempertingkatkan tahap keyakinan para peserta di dalam berkomunikasi dan seterusnya dapat dilihat selaku pemimpin yang mampu memimpin di masa hadapan. Mudah-mudahan.
Sekali lagi EDITOR dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur di atas usaha mengadakan program ini khususnya buat En Mohamad iaitu kaunselor daripada SEMESRA yang telah merencanakan program ini sehingga berjaya. Tahniah diucapkan.
En Mohamad dari SEMESRA ketika Sdr Syamsul baru tiba
Suasana di dalam dewan di mana ceramah berlangsung
Sdr Syamsul mula mengambil tempat bagi memulakan ceramah
Semua pelajar mula memberikan tumpuan
Sdr Syamsul memulakan ceramah dengan cukup tenang dan bersahaja
Pelbagai aksi dan gaya penyampaian di sepanjang ceramah berlangsung
Suasana di dalam dewan secara keseluruhan
Ceramah berlangsung di Dewan Besar SEMESRA, Rembau
Pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Zon Selatan)
Di antara pelajar lelaki ceria membincangkan apa yang sedang diperkatakan oleh penceramah
Sdr Syamsul berdiri selama dua jam berceramah kepada semua
Suasana yang dirakamkan dari belakang Dewan
Lagi gambar yang sempat dirakamkan
Ada juga perkara serius yang dikongsi bersama
Ada juga kisah yang digayakan dengan penghayatan
Ada juga yang ketawa bilaman ada kisah lucu yang diceritakan
Para pelajar tidak dapat menahan ketawa....
Pelajar lelaki turut sama ceria mendengar kisah lucu yang disampaikan
Suasana ceria menerusi kisah lucu menyerikan pengisian di sepanjang ceramah berlangsung
Cukup ceria tanpa timbul sebarang rasa bosan
Sebahagian pelajar Kolej Tunku Kushiah (TKC) yang duduk di barisan hadapan
Ada sahaja kisah lucu yang mencuit hati
Sdr Syamsul kekal bertenaga berceramah sehingga ke minit yang terakhir
Sdr Syamsul memberi kupasan berkaitan tajuk agar dapat digunakan dalam kehidupan seharain oleh para peserta
Setiap persoalan yang ditimbulkan turut dijawab oleh Sdr Syamsul
Para pelajar sentiasa fokus dengan pengisian sehingga ke akhirnya
Sdr Syamsul juga kekal ceria tanpa sebarang tanda-tanda kepenatan apabila berceramah
Beginilah suasana yang dirakamkan dari atas pentas
Tidak henti ketawa nampaknya....
Pelajar lelaki pun begitu juga....
Sdr Syamsul turut menunjukkan teknikal pengucapan awam dengan penggayaan realitinya
Suasana ceria di dalam ceramah ini kekal dari awal hinggalah ke penghujung ceramah
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Tahniah kepada semua pelajar PRS. Satu program terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri.
Catat Ulasan