Ahad, 8 Mei 2011
Ceramah di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
7 Mei 2011, Port Dickson : Satu program seminar belia telah diadakan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di Pasir Panjang, Port Dickson selam 4 hari mulai 6 Mei 2011 hingga ke 9 Mei 2011. Program ini telah disertai oleh belia yang datangnya dari seluruh Malaysia dan berkampung selama 4 hari dan 3 malam bagi menghadiri kursus kepimpinan ini.
Di antara penceramah yang telah dijemput hadir adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah hadir pada 7 Mei 2011 bagi memenuhi dua slot iaitu Slot, "Sumber Kekuatan Pemimpin" dan "Budaya Kepimpinan".
Bagi Slot "Sumber Kekuatan Pemimpin" telah diadakan mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang, manakala Slot "Budaya Kepimpinan" telah disampaikan mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan dengan ini diucapkan semoga semua peserta dapat memanfaatkan setiap pengisian yang telah disampaikan.
Dengan ini juga EDITOR mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur di atas kejayaan menganjurkan program seperti ini.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan