Selasa, 3 Mei 2011

Ceramah Motivasi Pelajar di SK Durian Tipus

4 Mei 2011, Jelebu : Satu ceramah motivasi pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Durian Tipus, di Jelebu. Ceramah disampaikan kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 sekolah berkenaan. Ceramah telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hinggalah ke jam 10.30 pagi bertempat di Makmal Komputer, SK Durian Tipus.

Penceramah jemputan bagi program motivasi ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Antara lain, Sdr Syamsul menekankan kepada para pelajar tentang mengapa perlunya belajar serta apa kesannya kejayaan sebagai pelajar dengan kehidupan di masa hadapan.

Sdr Syamsul menegaskan kepada para pelajar, kejayaan yang dicapai selaku pelajar bakal mencorakkan masa hadapan para pelajar. Tanpa pendidikan, para pelajar tidak mungkin mampu merubah masa hadapan serta taraf hidup keluarga masing-masing.

Sdr Syamsul turut berkongsi zaman kanak-kanaknya di mana beliau juga bukanlah berlatarbelakangkan keluarga yang senang, dengan ayah serta ibunya berniaga nasi lemak dan kuih-muih tetapi akhirnya berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa sebagai 'orang biasa' kita juga mampu mencipta kejayaan yang 'luarbiasa'. Adalah diharapkan pesanan ini mampu disematkan di dalam hati para pelajar.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah di atas inisiatif menganjurkan program ini.


Suasana sebelum ceramah bermulaSdr Syamsul diperkenal oleh Cikgu Bad kepada semua sebelum bermulanya program ceramahPara pelajar kelihatan bersedia mencatat setiap tips yang bakal dikongsi bersamaSdr Syamsul memulakan ceramahnya kepada semua pelajarSdr Syamsul tenang memperjelaskan tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan iniMendengar penjelasan daripada pelajar yang ditanyaSuasana dari belakang Makmal Komputer, tempat di mana ceramah berlangsungCeramah disampaikan dengan penuh bersahaja dan bertenagaPara pelajar ceria dengan ceramah yang disampaikanSemua fokus mendengar pengisian daripada Sdr SyamsulAda sahaja perkara yang menceriakan pelajar yang diceritakanSdr Syamsul mengawal suasana di dalam dewan dengan cukup baik sekali

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: