Ahad, 8 Mei 2011

Ceramah Hari Guru : Ucapan Alu-Aluan

Di dalam Program Sambutan Hari Guru yang diadakan bertempat Ancasa Allsuites Resort & Spa, Port Dickson ini telah dihadiri sebahagian besar guru-guru yang memegang syer / saham di dalam Koperasi SMK Seri Ampangan. Kesemua guru yang hadir telah tiba dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak urusetia.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Nasmizana binti Mohd Nawi selaku Pengurus Koperasi SMK Seri Ampangan. Di dalam ucapan alu-aluannya beliau berharap kepada barisan Jawatankuasa akan terus berusaha membangunkan aktiviti-aktiviti ekonomi Koperasi di dalam SMK Seri Ampangan memandangkan beliau terpaksa mengundurkan diri daripada jawatan Pengurus Koperasi kerana masalah-masalah kesihatan serta lain-lain komitmen yang tidak dapat dielakkan.

Sebaik sahaja selesai ucapan beliau, En Mohd Nor Wahab, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Seri Ampangan selaku wakil kepada Puan Pengetua telah tampil bagi menyampaikan ucapan perasmian program. Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.


Pn Nasmizana berucap selaku Pengurus Koperasi SMK Seri AmpanganBeliau turut mengumumkan pengundurannya selaku Pengurus Koperasi SMK Seri Ampangan

Beliau berharap agar pengganti beliau mampu memainkan peranan dengan lebih baik lagi

Pengacara Majlis menjemput pula En Mohd Nor A. Wahab untuk menyampaikan ucapan perasmian program Sdr Syamsul turut sama menyertai majlis perasmian program iniSuasana di belakang dewan ceramahSdr Syamsul tenang sebelum sesi ceramahnya bermulaEn Mohd Nor A. Wahab ketika menyampaikan ucapan perasmian program

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: