Ahad, 15 Mei 2011
Ceramah "Komunikasi Berkesan Keluarga" di Felda Pasoh 2
14 Mei 2011, Pasoh : Satu ceramah telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menerusi program Seminar Family Healthy. Seminar sehari ini telah bermula dengan ceramah oleh YM Ustaz Tengku Nur Iftah dengan tajuk "Kepentingan Keluarga" sebelum disambung dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Selesai sesi pagi, majlis bersambung semula selepas jamuan makan tengahari.
Di sebelah petangnya, ceramah telah bersambung dengan satu lagi slot ceramah yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan Suami Isteri & Kepentingannya". Ceramah telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Pasoh 2 bermula jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.
Ceramah Sdr Syamsul telah menggamatkan suasana Dewan dengan pelbagai kupasan kisah suka duka kehidupan sebagai suami isteri. Pelbagai juga kisah lucu yang dikongsi dan benar-benar menarik hati para peserta yang hadir ke program ini.
Pada jam 4.30 petang, bermulanya majlis penutup dengan ucapan penutup telah disampaikan oleh YB Datuk Zainal Abidin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lui. YB Datuk Zainal juga telah sudi menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati kepada para penceramah.
Majlis telah berakhir kira-kira jam 5.00 petang dengan jamuan makan untuk YB Datuk Zainal serta sekelian peserta yang hadir. Taniah diucapkan kepada pihak urusetia di atas kejayaan penganjuran program yang bermanfaat seperti ini. EDITOR dengan ini berharap agar lebih banyak lagi program-program seperti ini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan