11 Mei 2011, Kuala Pilah : Satu seminar telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah bertempat di Masjid Kariah Pelangai, Kuala Pilah. Seminar ini bertajuk "Pasanganku Syurgaku: I Love U". Seminar ini mendapat sambutan yang baik di kalangan jemaah Masjid Kariah Pelangai serta kakitangan-kakitangan kerajaan di sekitar Daerah Kuala Pilah.Seminar ini telah bermula pada jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Penceramah undangan pada seminar ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Ikhlaskan Hatimu...Susah Senang Diharungi Bersama...". Ceramah beliau yang bersahaja dan sentiasa diselitkan dengan kisah-kisah suami isteri telah benar-benar menarik perhatian sekelian yang hadir. Nyata semua yang hadir tidak kering gusi di sepanjang ceramah Sdr Syamsul berlangsung.
Menurut urusetia program yang dipengerusikan oleh Ustazah Nor Kamisah binti Majid, Penolong Pegawai Rundingcara Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah, pastinya akan menjemput Sdr Syamsul Amri di masa akan datang untuk memenuhi slot-slot seminar yang telah pun dirancangkan oleh pihak Jabatan. Beliau berharap segala ilmu yang telah disampaikan akan dapat dimanfaatkan oleh semua yang hadir dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Program ini juga telah disempurnakan majlis penutupannya oleh Ustaz Mat Jusoh bin Sudin, Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Keluarga.
Sdr Syamsul juga berasa gembira hadir ke Masjid Kariah Pelangai ini, kerana inilah kali pertama beliau menjejakkan kakinya di dalam Masjid Kariah Pelangai ini, meskipun sejak dari kecil kerap melalui Masjid ini yang merupakan laluan beliau dan keluarga untuk ke kampung kelahirannya di Kg. Ayer Dedali di Batu Kikir.
Dengan ini EDITOR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat sekelian urusetia program di atas kejayaan melaksanakan program yang baik seumpama ini. Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.
Setibanya di sana terdapat banting-banting berkaitan program telah siap dipasang
Di antara yang hadir mendengar ceramah
Sdr Syamsul memulakan ceramahnya dengan tenang dan bersahaja
Mula berdiri di dalam menyampaikan ceramah. Mungkin lebih senang untuk menggayakan setiap kisah yang bakal disampaikan
Suasana di dalam Masjid Kariah Pelangai
Mula ketawa mendengar kisah teladan yang dikongsi bersama
Tidak dapat menahan ketawa hingga keluar air mata
Mendengar setiap pengisian dengan tekun dan fokus
Sentiasa menarik perhatian dan menghiburkan
Sudah tidak dapat menahan ketawa lagi nampaknya
Benar-benar mengusik hati dan perasaan agaknya....
Pelbagai aksi dan gaya penyampaian
Kaum wanita yang paling terusik dengan setiap kisah keluarga yang dikongsi...
Suasana keseluruhan yang telah sempat dirakamkan
Mula menganggalkan jaketnya. mungkin mulai kepanasan kot!
Lagi insiden mencuit hati!
Tn Hj Suhaimi, Imam 1 Masjid Kariah Pelangai juga nampaknya tidak dapat menahan ketawa
Tenang seketika
Banting yang terpapar di luar Masjid Kariah Pelangai
Suasana ketika rehat dan minum pagi di bawah khemah jamuan
Waktu rehat sebelum ceramah bersambung semula
Semua menikmati jamuan minuman pagi dengan wajah ceria
Meriah suasana di bawah khemah ini, mungkin masing-masing sibuk mengulas isikandungan ceramah tadi
Banner yang menghiasi majlis penutup program Seminar Suami Isteri ini
Suasana ketika majlis penutup berlangsung
Ustazah Nor Kamisah Majid menyampaikan ucapan selaku wakil urusetia program
Mendengar ucapan penutup oleh Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Keluarga, Ustaz Mat Jusoh Sudin
Ustaz Mat Jusoh mengulas tentang keseluruhan perlaksanaan program Seminar
Semua yang hadir mendengar ucapan penutup oleh Ustaz Mat Jusoh
Ucapan beliau turut mengandungi nasihat serta peringatan buat semua pasangan suami isteri
Sdr Syamsul menerima cenderahati tanda kenangan daripada Ustaz Mat Jusoh
Maka selesailah program seminar "Pasanganku Syurgaku: I Love U" ini. Kesemua hadirin kemudiannya menunaikan Solat Zohor berjemaah, menikmati hidangan makan tengahari sebelum bersurai ke destinasi masing-masingDisediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan