Khamis, 26 Mei 2011
Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Maktab PDRM Cheras
25 Mei 2011, Cheras : Satu lagi siri ceramah telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan & Agama (BAKA) Polis DiRaja Malaysia bertempat di Maktab PDRM Cheras. Sdr Syamsul Amri Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) sekali lagi dijemput sebagai penceramah undangan di dalam program kali ini.
Sdr Syamsul yang baru sahaja reda daripada sakit tekak nyata telah berjaya sekali lagi memikat perhatian penonton menerusi ceramah yang disampaikannya. Beliau telah meyampaikan ceramah bertajuk, "Komunikasi Berkesan Keluarga & Kerjaya".
Tahniah diucapkan kepada penganjur di atas kejayaan penganjuran ini. EDITOR berharap program seperti ini akan terus diadakan bagi memupuk hubungan keluarga yang mantap dan berkesan ke arah pembentukan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Lagi ketawa menceriakan suasana...
Pelbagai kisah dan ragam suami isteri diceritakan kepada semua
Ada yang sampai terkeluar air mata ketawa....
Kisah yang disampaikan ini meskipun lucu, tetapi sarat dengan pengajaran
Kembali fokus...
Penumpuan penuh..
Sempat berposing sebaik sahaja sesi ceramah berakhir
Sdr Syamsul bersalaman dengan kesemua peserta lelaki sebaik sahaja sesi ceramah selesai
Sdr Syamsul mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik ceramah
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan