Isnin, 11 April 2011

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar di SEMESRA

7 April 2011, Rembau: - Satu lagi Slot Motivasi telah diadakan dengan kali ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA). Ceramah Motivasi telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan di sebelah petangnya berakhir pada jam 5.00 petang.

Program Motivasi kali ini turut menjemput Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) bagi menyampaikan slot "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Sdr Syamsul (gambar) menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 5.00 petang.Hampir 1,000 pelajar daripada sekitar daerah Rembau hadir bagi menyertai program ini. Ini merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan bagi membuka minda dan pemikiran pelajar agar berusaha lebih gigih demi mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik dan seterusnya berjaya memperoleh kejayaan di dalam kerjaya dan kehidupan.

Sdr Syamsul berpandangan,"Menerusi program seumpama ini kita mampu meniupkan semangat kepada para pelajar serta memberikan mereka pendedahan tentang peri pentingnya akademik buat mereka serta natijah sekiranya peluang menguasai akademik ini tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Saya kira usaha ini perlulah disambut baik oleh semua pihak serta dijadikan agenda berterusan dengan harapan para pelajar mampu menyumbang kecemerlangan buat sekolah dan yang paling penting diri dan kehidupan mereka".

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat semua di atas kejayaan menganjurkan program ini serta kami mendoakan kejayaan para pelajar yang mengikuti program ini. Insya Allah.


Sdr Syamsul ketika menyampaikan ceramah motivasi


Penerangan mengenai peri penting menghargai peluang pendidikan yang ada


Suasana di dalam dewan SEMESRA yang dipenuhi pelajar 1,000 pelajar memberikan tumpuan penuh ketika ceramah disampaikan . . .

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: