Ahad, 3 April 2011

Ceramah Roadshow Selamatkan Selangor (SSDE) di Puchong

3 April 2011, Puchong : Satu lagi siri Roadshow SSDE telah diadakan yang mana berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan penyertaan penduduk tempatan tidak kurang daripada 700 orang yang terdiri daripada masyarakat tempatan pelbagai kaum. Program ini mendapat sambutan hangat apabila melihatkan program kali ini bakal menampilkan beberapa penceramah jemputan yang bakal mengupas isu-isu semasa daripada tokoh-tokoh terkenal seperti YB Datuk Mohd Satim Diman (Ketua Pembangkang DUN Selangor), YB Tuan N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai), Dr Kor Cheong Wei (MCA yang merupakan bekas Wakil Rakyat) serta Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden ADAM).


Program ini menarik perhatian ramai memandangkan ini merupakan kemunculan sulung YB N Gobalakrishna di pentas ceramah selepas mengumumkan keluar daripada PKR. . Program ceramah ini telah bermula pada jam 9.00 malam dengan dimulakan dengan nanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu 1Malaysia.


Sebaik sahaja selesai nyanyian, Ustaz Armin telah tampil memimpin bacaan doa.


Seterusnya pengacara majlis iaitu Sdr Ramli Simbok telah menjemput Sdr Syamsul memulakan ceramah. Sdr Syamsul menarik perhatian umum dengan beliau selaku orang muda dan mengupas isu-isu nasional yang perlu diketahui oleh rakyat Puchong betapa perlunya kerajaan PKR ini dinyahkan dari bumi Selangor merujuk kepada kerosakan, penyalahgunaan serta kebobrokan yang telah ditimbulkan.


Sdr Syamsul turut mengulas betapa kepimpinan sedia ada di dalam Barisan Nasional tidak pernah menganjurkan kepada kerosakan tetapi hanya perpaduan yang menjadi agenda utama. BN juga sama sekali tidak gemarkan pemberontakan, kekacauan kerana apa yang penting kita perlu menghargai nikmat keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan yang hakikatnya bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai.


Sdr Syamsul turut mencabar Pakatan Rakyat agar bertanding di dalam pilihanraya akan datang dengan menggunakan satu lambang bagi membuktikan mereka benar-benar bersatu. Inilah yang menghairankan, setelah beberapa ketika duduk di dalam pakatan hakikatnya mereka masih lagi gagal berpakat. Sdr Syamsul turut menimbulkan suasana ceria dengan pelbagai analogi dan kisah yang dikaitkan dengan masalah Pakatan Rakyat.


Sebaik sahaja selesai ceramah daripada Sdr Syamsul, majlis mempersilakan Dr Kor Cheong Wei untuk menyampaikan ceramah.


Dr Kor menambah bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang ditubuhkan hanya untuk kerusi politik pilihanraya semata-mata dan tidak lebih dari itu. Nilai persepakatan mereka sangat rapuh. Jika mereka benar-benar berpakat mengapa mereka asyik salahkan satu dengan yang lain.


Sebagai contoh, apabila isu judi di Kelantan ditimbulkan, DAP kata, ini bukan kerajaan Pakatan Rakyat tetapi itu adalah dasar Kerajaan PAS. Apabila isu di Kg Buah Pala di Pulau Pinang dibangkitkan, sekali lagi mereka kata itu bukan kerajaan Pakatan Rakyat tetapi kali ini itu adalah kerajaan DAP. Tiba-tiba disebabkan kesemua parti di dalam pakatan ini bersepakat menyeleweng di Selangor mereka katakan inilah kerajaan Pakatan Rakyat. Contoh penyelewengan yang dibangkitkan oleh Dr Kor adalah apabila Yayasan Negeri Selangor telah di'bankrap'kan oleh pakatan rakyat ini. Buktinya apabila tiada lagi bantuan menerusi Yayasan ini demi membantu anak-anak negeri Selangor di dalam melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.


Kemudian apabila selesai Dr Kor berceramah, majlis menjemput pula YB N Gobalakrishna, Ahli Parlimen Padang Serai. Beliau membongkarkan betapa perjuangan Anwar Ibrahim hanyalah mementingkan perut dan di bawah perut beliau sahaja. Malahan Anwar secara terang-terangan hanya mementingkan Azmin. Barangsiapa yang menentang Azmin Ali bererti samalah seperti menentang Anwar juga. Itulah sebabnya, Anuar Tahir, Anuar Tahar, Ezam, Hamizum, Hamdan Taha dan ramai lagi termasuk Zaid Ibrahim mengumumkan keluar daripada PKR. Perjuangan menegakkan keadilan sebenarnya hanya momokan sahaja tanpa berpijak di bumi yang nyata.


Gobala mendakwa bahawa disepanjang Anwar merengkok di dalam penjara dahulu, Gobala dan rakan-rakan lah yang tegar membina kekuatan PKR, tetapi malangnya apabila Anwar keluar dari penjara, Anwar hanya dapat melihat Azmin sahaja. Anwar menurut Gobala, boleh dilabel sebagai seorang 'failure' (gagal).


Penyelewengan demi penyelewengan berlaku, antaranya peruntukan RM3 juta untuk komputer di sekolah-sekolah Tamil, sehingga hari yang sampai ke sekolah Tamil hanya RM300,000 sahaja. Sebaliknya terdapat 3 NGO yang menerima hampir 3 juta daripada PKR atas nasihat Anwar dan lebih RM 2 juta pada tahun sebelumnya. Janji untuk membekalkan 24 biji komputer setiap sekolah Tamil juga tiada, tetapi yang ajaibnya Xavier, Exco Kerajaan Negeri Selangor membentangkan perbelanjaan RM 80,000 untuk hanya 24 komputer??? . Gobala mendakwa lagi beliau tidak disukai oleh Anwar ekoran tindakan beliau menyokong Zaid yang bertanding menentang Azmin untuk jawatan tertinggi PKR.


Disebabkan ini Gobala dipinggirkan. Tambah beliau lagi, Anwar mendakwa diupah hanya RM1 selaku penasihat ekonomi negeri Selangor tetapi claim tiket RM 20,000 untuk ke Amerika Syarikat, ini pula apa maknanya?? . Di akhir ucapan beliau, beliau merayu semua agar bangkit segera menentang Pakatan Rakyat bagi memastikan kuasa Barisan Nasional kembali ke Selangor.


Majlis kemudiannya berhenti seketika apabila majlis mengumumkan majlis penyerahan borang penyertaan 112 ahli PKR yang ingin menyertai UMNO, penyertaan ini mendapat soarakan gemuruh daripada sekelian yang hadir.


Seterusnya YB Datuk Mohamad Satim Diman mengambil tempat, menyambung kesinambungan ceramah. Beliau yang sememangnya dinanti untuk membongkar segala isu di DUN Selangor.


Beliau memulakan ceramah dengan menyatakan bahawa, apabila melihat Anwar dengan pelbagai isu seksual, video dan sebagainya maka tidak hairanlah Wan Azizah boleh mengelarkan suami beliau sebagai manusia 'luarbiasa'. Tetapi apa yang menghairankan, jikalau benar Anwar seorang pejuang yang tidak gentar dan berani, mengapa sehingga ke hari ini sumpah beliau tidak berani dibuat, malahan DNA bagi membuktikan beliau tidak terlibat dalam kes liwat pun tidak berani beliau kemukakan. Satim terus mengaiotkan dengan kata orang Melayu, "Berani kerana benar, takut kerana salah".


Satim turut membangkitkan isu integriti dan kredibiliti, mengapa Khalid Ibrahim jika benar beliau berintegriti, mengapa isu video di dalam pejabat MB Selangor hanya sekadar diwujudkan Suruhanjaya dan bukannya dilaporkan kepada PDRM? Apakah beliau takut isikandungan di dalam rakaman video tersebut dibongkarkan? . Apabila ditanya didalam DUN semenjak Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi, berapa banyakkah pelaburan yang telah dibawa masuk ke dalam kerajaan Negeri Selangor? Satim juga bertanyakan tentang janji-janji pilihanraya yang sehingga kini masih belum dikotakan, mengapa? Kesemua ini masih gagal dijawab oleh Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.


Tanah di Paya Jaras yang dahulunya diwartakan sebagai tanah untuk Sekolah Tamil di bawah kerajaan BN kini dilupuskan untuk Syarikat Air Berhad oleh kerajaan Pakatan Rakyat, ini juga gagal dijawab oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.


Oleh yang demikian Datuk Satim Diman membuat kesimpulan, bahawa cukuplah penyelewengan yang berlaku dan yakinlah bahawa BN akan merampas kembali Selangor dan BN pastinya akan memerintah dengan lebih baik lagi daripada dahulu.


Sebaik sahaja selesai program kesemua penceramah dan tetamu telah dibawa menikmati jamuan yang telah disediakan. Program berakhir kira-kira jam 12.30 malam. . Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat penganjur program di atas kejayaan program ini.

Suasana ketika penduduk baru tiba di pentas ceramah

Orang ramai yang tiba secara beransur-ansur sebelum bermula program

Kombinasi pelbagai bangsa yang hadir menyerlahkan konsep 1Malaysia Sdr Syamsul mula mengambil tempat di pentas utama Sdr Ramli Simbok menjelaskan perjalanan program kepada Sdr Syamsul Bersama Sdr Syamsul di pentas utama, Dr Kor Ching Wei dan Sdr Saktivel dari MIC


Sdr Ramli Simbok selaku Pengacara Majlis memperkenalkan barisan penceramah Reaksi penceramah sebaik sahaja selesai nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu 1Malaysia Sdr Syamsul bersedia sebelum menyampaikan ceramah Sdr Syamsul mencatatkan isi-isi penting barangkali Ustaz Armin memimpin bacaan doa
Sdr Syamsul memulakan ceramahnya

Ceramah jitu daripada anak muda dari Seremban
Sdr Syamsul juga merupakan juara pidato perdana Islam Hadhari Kebangsaan
Ucapan yang penuh dengan semangat jitu

Pelbagai fakta dikupas dan dibentangkan
Penceramah lain ketawa mendengar kisah yang dikaitkan





Adakalanya semangat dan berdegar-dengar menghangatkan suasana ceramah
YB Datuk Satim Diman dan YB Gobalakrishna yang baru tiba

Akhirnya Sdr Syamsul mengakhiri ceramahnya dengan pesanan agar bekerja kuat bagi mengembalikan kemenangan Barisan Nasional

Sdr Syamsul kembali duduk di sebelah Datuk Satim Diman dan Saudara Shaktivel
Suasana di meja utama di pentas ceramah
Dr Kor memulakan ceramahnya
YB N Gobalakrishna dijemput untuk meneruskan slot ceramah berikutnya
Pelbagai kisah dalaman PKR didedahkan
Pelbagai penyelewengan Pakatan Rakyat dibongkar!


Semua mendengar dengan tekun dan fokus setiap apa yang disampaikan sehingga ke akhirnya

Majlis berhenti seketika kerana masyarakat India ingin mengalungkan bunga ke pada YB Datuk Satim Diman


Majlis simbolik penyerahan borang 112 bekas ahli PKR menyertai UMNO Puchong




Kesemua yang telah mengisi borang tampil di hadapan menyatakan sokongan terbuka kepada UMNO dan Barisan Nasional

Selepas daripada itu YB Datuk Satim Diman terus mengambil tempat bagi memulakan ceramah

YB Datuk Satim membongkar rahsia di dalam DUN Negeri Selangor
Suasana sebaik sahaja selesai ceramah YB Datuk Satim
Barisan penceramah ceria di hadapan pentas utamaTepukan tanda sokongan kepada penganjur yang telah berjaya menganjurkan program ini
YB Datuk Satim dan lain-lain tiba di ruang hidangan untuk menjamu selera
Sdr Shaktivel (MIC), Sdr Syamsul (ADAM), Dr Kor dan YB Gobala turut serta di dalam jamuan ini


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kecik sangat khemah tu