Khamis, 30 Jun 2011
Seminar "Elak Derita Cari Bahagia" di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi
30 Jun 2011, Seremban : Satu seminar Kekeluargaan Islam telah diadakan bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Program dimulakan dengan Slot ceramah berkaitan perundangan keluarga Islam mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi sebelum program berhenti seketika bagi sesi jamuan minum pagi.
Program kemudiannya bersambung dengan ceramah bertajuk "Elak Derita Cari Bahagia" yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Ceramah ini nyata menarik perhatian apabila berjaya menggamatkan suasana di dalam Dewan Utama ini dengan tumpuan penuh kira-kira 1,200 pendengar yang hadir ke program ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Memang best betul cara penyampaian penceramah ni. Tahniah buat Syamsul Amri bin Hj Ismail.
Catat Ulasan