Isnin, 24 Februari 2014

Ceramah Maulud KEMAS Kuala Pilah

19 Februari 2014, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul telah diadakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat KEMAS Kuala Pilah. Program ini berlangsung di Pejabat KEMAS Kuala Pilah.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rasulullah SAW Contoh Terbaik".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: