Rabu, 12 Februari 2014

Ceramah Perdana Maulidur Rasul di Tengkera, Melaka

9 Februari 2014, Melaka : Satu Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1435 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah, Taman Seri Pandan, Tengkera, Melaka. Program ini berlangsung mulai jam 8.00 malam hingga ke jam 9.30 malam. Program ini merupakan program tahunan di surau ini.
Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai kisah Nabi serta tauladan yang baik dikongsikan buat para jemaah yang berkesempatan hadir ke program ini. Sebaik sahaja selesai ceramah berkenaan, Sdr Syamsul turut berkesempatan mengimamkan Solat Isya' pada malam berkenaan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: