Isnin, 24 Februari 2014

Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" JKR Melaka di Queenspark Hotel, Melaka

17 Februari 2014, Melaka : Satu Program Kursus Motivasi telah dianjurkan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka. Program ini telah berlangsung di Hotel Queenspark, Bandaraya Melaka. Kira-kira 70 orang pegawai dan kakitangan JKR Melaka telah berkesempatan hadir menyertai program yang berlangsung selama sehari dari pagi hingga ke petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kuasa Minda Positif".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: