Isnin, 24 Februari 2014

Ceramah Motivasi Kepimpinan (Leadership) di UIAM PJ

15 Februari 2014, Petaling Jaya : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan telah diadakan khusus buat para pelajar semester pertama di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya. Kira-kira 400 pelajar telah menyertai program ini.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Sebaik sahaja selesai sesi ceramah, sesi diteruskan dengan acara permainan minda dengan diketuai oleh Sdr Shahizad, Nurfarahin dan Irhamuddin yang juga daripada Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

** Gambar-gambar penuh program boleh dilihat menerusi folder berikutnya dari Album 1 hingga Album 7.

Tiada ulasan: