Selasa, 11 Februari 2014

Team Building MD Raub di Hulu Yam, Selangor

9 Februari 2014, Hulu Yam, Selangor : Satu Program Motivasi "Team Building" telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Raub (MDR). Program ini diselaraskan oleh pihak Effective Learning Management (ELM) dan dibantu oleh beberapa Consultant termasuklah pihak Bussaina Consultant (BC).

Program Team Building ini berlangsung selama 3 hari 2 malam mulai 7 Februari 2014 hingga 9 Februari 2014 bertempat di Nur Laman Bestari, Hulu Yam, Selangor Darul Ehsan.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan penceramah utama Bussaina Consultant (BC), Intellectual Orator Consultant (IOC) dan juga Intan Farshee Consultant (IFC).

Sdr Syamsul turut dibantu oleh Sdr Kamarozaman Yaacob (Fitness Chief), Sdr Md Yusof Alias (Liason Exec) dan juga Sdr Fadil Abd Kadir (IT & Graphic Tech.).

Berikutnya dikongsikan di antara gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.

Sesi Ice Breaking
Memperkenalkan Diri
Permainan Dalam Kelas
Sesi Permainan "Penyampaian Cerita @ Telefon Rosak"
Sesi Ceramah
Sesi Riadhah Pagi
Permainan Dalam Kelas
Slot Explorace
Ceramah Penggulungan
Minum Pagi
Permainan Bahasa Isyarat


Disediakan oleh : EDITOR

*** Gambar-gambar penuh program boleh dilihat menerusi folder berikutnya menerusi Album 1 hingga Album 14

Tiada ulasan: