Isnin, 24 Februari 2014
Ceramah Motivasi "Pengurusan Kewangan" di Pejabat Baitul Mal
18 Februari 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi "Pengurusan Kewangan" telah diadakan khusus buat penerima bantuan sumbangan Bantuan Persekolahan daripada Baitulmal. Program ini telah berlangsung di Pejabat Baitulmal Daerah Seremban di Senawang.
Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Kewangan Peribadi Secara Berhemah". Ini bertujuan agar penerima bantuan tidak sepenuhnya berharap kepada bantuan Baitulmal tetapi sebaliknya sentiasa berusaha memantapkan kewangan diri dengan bekerja, mencari pendapatan yang halal serta berbelanja secara bijak.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan