Sabtu, 8 Februari 2014

Ceramah Motivasi "Pengurusan Stress" di Pusat Asasi UIAM, PJ

7 Februari 2014, Petaling Jaya : Satu Program Ceramah Motivasi "Pengurusan Stress" telah diadakan khusus buat para Pegawai, Pensyarah dan Kakitangan, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya. Ceramah telah berlangsung selama 2 jam mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 11.30 pagi.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan bagi mengatasi gejala stress dalam kehidupan seharian hidup sebagai seorang manusia.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program Ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: