Isnin, 19 Januari 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Palong 10, Gemas


16 Januari 2015, Gemas : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah telah diadakan bertempat di Balai Raya, Felda Palong 10, Gemas. Program ini telah berlangsung mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rasulullah SAW : 'Role Model' Manusia Sejagat".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: