Khamis, 1 Januari 2015

Perutusan Tahun Baru 2015 oleh Presiden ADAM

Perutusan Khas
Tahun Baru 2015
Oleh 
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail

Alhamdulilah, kita pada hari ini telah berada di lembaran baru kalendar 2015. Semua baharu... kembali baharu... mana yang kita rasakan baharu pada tahun 2014... telahpun berlalu... itu hakikat. Namun, berlalu pergi bukan bermakna boleh kita biarkan begitu sahaja, sebaliknya setiap bibit-bibit yang berlalu pasti ada pengajaran dan kenangan yang boleh mejadi sandaran tindakan kita pada masa ini dan akan datang... hanya untuk mereka yang menyedarinya.

Hakikat ini mendorong saya meniupkan semangat dan dorongan buat sekelian ahli-ahli ADAM agar terus gigih dan kuat di dalam meneruskan wadah perjuangan kita di dalam memperkasakan anak bangsa kita dengan ilmu dan suntikan dorongan agar lebih maju baik dari segi akademik, kemahiran berfikir malahan pastinya dalam seni-seni di pentas pengucapan awam... baik pidato, sajak, puisi, syair, pengkisahan mahupun debat yang menjadi nadi ketahanan kita sejak sekian lama.

Buat banyak pihak di luar ADAM usahlah dicemburui apa yang kami usahakan ini.. bukankah matlamat kita sama? Memartabatkan kelangsungan anak bangsa? Jikalau sama, maka usahlah tamak, iri hati, dengki-mendengki dan sombong dengan kedudukan anda... kami tetap di sini... setia dengan perjuangan kami.. bukan keuntungan dunia yang kami cari malahan keredhaan Allah jua.. atas dasar itu kami masih bertahan di sini...

Buat para sahabat di dalam ADAM yang dikasihi.. usahlah dilayan mereka yang hatinya sakit.. usah dilayan mereka yang 'buta' matanya.. insya Allah, tahun 2015 ini kita akan mengorak langkah dengan lebih jauh lagi.. ingat, jikalau mereka ingin tenggelam dengan kemewahan duniawi mereka.. biarkanlah... sesungguhnya keikhlasan kita selama ini telah membimbing kita menjadi apa yang kita jadi pada hari ini... syukur kepada yang Maha Esa...

Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2015. Perkasakan Azam, Bulatkan Tekad, Kuatkan Semangat, Insya Allah... kita akan berjaya.

Sekian dan Wassalam


Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Tiada ulasan: