Isnin, 5 Januari 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Jambu 8, Bahau


5 Januari 2015, Bahau : Satu Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1436 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Al-Mukmin, Rumah Rakyat Jambu 8 (Taman Junifer), Bahau. Program ini telah berlangsung dengan cukup meriah dengan dihadiri lebih 100 orang jemaah bagi memeriahkan lagi majlis ilmu dalam membesarkan roh sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rasulullah SAW Nur Penyuluh Alam Sejagat".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: