Jumaat, 30 Januari 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di SMK Mantin, Seremban


30 Januari 2015, Mantin : Satu Program Sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah / 2015 Miladiyah telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Seremban, Negeri Sembilan. Program ini telah dilangsungkan di Dewan Besar SMK Mantin. Turut hadir ke Program ini adalah YBhg Tuan Hj Gani, Yang DiPertua PIBG SMK Mantin.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rasulullah SAW 'Role-Model' Terbaik". Ceramah telah berlangsung mulai jam 8.45 pagi hingga ke jam 10.00 pagi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: