Isnin, 12 Januari 2015

Seminar Kepimpinan Pelajar Kolej MARA Banting (KMB) 2015


11 Januari 2015, Banting : Satu Program Seminar Kepimpinan Pelajar telah diadakan khusus buat para Pelajar yang berpotensi memegang jawatan di dalam barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk Kolej MARA Banting. Justeru, program ini dirangka bagi menerapkan nilai-nilai kepimpinan di kalangan para pelajar yang bakal bergelar pemimpin sedikit masa lagi.

Pihak Intellectual Orator Consultant (IOC) yang diterajui oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dipilih untuk mengendalikan Seminar yang berlangsung selama 3 hari ini bermula pada 9 Januari 2015 hingga 11 Januari 2015. Sdr Syamsul turut dibantu oleh Sdr Shahizad Salleh, Sdr Irhamuddin, Sdr Iqmal Hisham dan Sdr Muzakkir Nizar Hanafi yang bertindak selaku Fasilitator.

Tuan Hj Tamam selaku Pengarah di Kolej MARA Banting telah turut sama hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan program yang berlangsung pada 11 Januari 2015.


Suasana ketika Slot "ICE-BREAKING"
Slot "Problem Solving"
Sesi Riadhah
Pengisian Pagi oleh Imam Muda Naim
Program Seminar kendalian Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Slot "Explorace"
Tuan Hj Tamam, Pengarah Kolej MARA Banting (KMB) menerima sedikit cenderahati daripada pihak Consultant yang disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri Hj Ismail (Presiden ADAM)

Disediakan oleh : EDITOR

** segala gambar-gambar penuh program boleh disaksikan menerusi folder-folder berikutnya.

Tiada ulasan: