Isnin, 19 Januari 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Palong 11, Gemas


19 Januari 2015, Gemas : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah telah dianjurkan oleh pihak Pengurusan Felda Palong 10 & 11. Ceramah ini telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Felda Palong 11.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk, "Rasulullah SAW : Uswatun Hasanah (Contoh Ikutan Terbaik)".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: