Khamis, 8 Januari 2015

Ceramah Maulidur Rasul di Rural Capital SB, Kuala Lumpur


9 Januari 2015, Kuala Lumpur : Satu Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah telah diadakan bertempat di Rural Capital Sdn Bhd (RCSB), Menara RKT, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Nilai Peribadi Rasulullah, Nilai Peribadi Unggul".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Unknown berkata...

Penyampaian Tuan Syamsul di Rural Capital memang TERBAIK - Rahman Shah

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Sdr Rahman Shah,

Terima kasih banyak di atas sokongan dan dorongan. Saya pun gembira dengan penerimaan para Pegawai dan Kakitangan di sana.

- Syamsul Amri -