Jumaat, 1 April 2016

Ceramah Anniversary Ke 38 YAB Dato' Seri TPM dan YABhg Datin Seri


26 Mac 2016, Kajang : Satu Program Ceramah bersempena dengan Ulangtahun Ke-38 Perkahwinan YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama YABhg Datin Seri Hamidah Khamis telah diadakan di kediaman YAB Dato' Seri TPM di Kajang Country Heights, Kajang. Program ini telah diadakan sebaik selesai Solat Maghrib, Bacaan Yasiin, Tahlil, Doa Selamat dan Solat Isya' berjemaah.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kebahagiaan Hingga Ke Hujung Nyawa".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang tela sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: