Jumaat, 1 April 2016

Ceramah Motivasi "Pengurusan Kewangan" Untuk Asnaf Di Kampung Chenor, Jelebu


30 Mac 2016, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Pengurusan Kewangan telah diadakan khusus buat Golongan Asnaf di dalam daerah Jelebu. Program ini telah dianjurkan oleh Baitul Mal Daerah Jelebu. Program ini telah berlangsung di Masjid Kampung Chenor, Jelebu.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Tips-Tips Serta Panduan Pengurusan Kewangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: