Jumaat, 22 April 2016

Ceramah Motivasi INTEGRITI di Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya


22 April 2016, Putrajaya : Satu Program Ceramah Motivasi Integriti telah diadakan khusus buat warga kerja Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya. Program ini telah berlangsung di Dewan Seminar, Tingkat 16, Jabatan Pertanian Malaysia.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Bicara Integriti : Apabila Kain Terlondeh". Pelbagai pesanan, panduan serta tips-tips pemantapan Integriti telah dikongsikan bersama sekelian peserta.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: