Jumaat, 8 April 2016

Program Ceramah Isu Semasa dan Dialog Rakyat di Kampung Sungai Lang, Banting


8 April 2016, Banting : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa Negara dan Sesi Dialog Rakyat telah diadakan bertempat di Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor Darul Ehsan. Turut hadir sama ke program ini adalah YBhg Dato' Marsum Paing, Ketua UMNO Bahagian Sepang dan YB Datuk Shahrum, ADUN Dengkil.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah YB Datuk Latiff, Ahli Parlimen Mersing dan Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Program ceramah tersebut telah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 12.00 tengah malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: