Khamis, 21 April 2016

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di USM Nibong Tebal, Pulau Pinang


20 April 2016, Nibong Tebal : Satu Program Ceramah Motivasi Tenaga Kerja telah diadakan bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, Pulau Pinang. Program tersebut telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Pelbagai tips serta panduan demi mempertingkatkan daya rejuvenasi diri telah dikongsikan di sepanjang program ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: