Ahad, 24 April 2016

Ceramah Motivasi SUKSIS di UIAM, Gombak


24 April 2016, Gombak : Satu Program Ceramah Motivasi Pemantapan Diri telah diadakan khusus buat Anggota-Anggota Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertempat di UIAM Gombak. Program Ceramah ini telah diadakan bermula jam 2.00 petang hingga ke jam 4.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Motivasi Pemantapan Diri".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: