Isnin, 25 April 2016

Ceramah Motivasi INTEGRITI Untuk Kakitangan Istana-Istana Negeri Sembilan


25 April 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi INTEGRITI telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan yang bertugas di Istana di seluruh Negeri Sembilan. Program ceramah ini telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban di Seremban 2.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Integriti Perkhidmatan Awam dan Rejuvenasi Minda".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: