Isnin, 25 April 2016

Ceramah "Bicara Ilmu : Tersuka Tanpa Sengaja" di KOMBES Paroi, Seremban


25 April 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Bicara Ilmu telah diadakan di dalam Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit bersempena dengan Bulan Membaca Peringkat Negeri Sembilan. Program ini telah berlangsung di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES) Paroi. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Abd Razak bin Ab. Said, Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu yang juga merupakan ADUN Gemas.

Penceramah yang telah diundang bagi mengisi slot Bicara Ilmu di dalam program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Bicara Ilmu : Tersuka Tanpa Sengaja". 

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: