Sabtu, 23 April 2016

Ceramah Motivasi "Membina Keluarga Sakinah" di MRSM Kuala Klawang, Jelebu


23 April 2016, JELEBU : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan khusus buat Guru-Guru, Pegawai dan Kakitangan yang bertugas di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang. Program ini juga terbuka kepada pasangan peserta yang terlibat. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Membina Keluarga Sakinah". Pelbagai tips serta panduan mempertingkatkan kerukunan rumahtangga telah dikongsikan kepada para peserta.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: