Selasa, 28 Mei 2013

Ceramah Motivasi Belia di Pink Village, Putrajaya

25 Mei 2013, Putrajaya : Satu Ceramah Motivasi Belia telah dianjurkan oleh Puteri UMNO Selangor bersempena dengan Festival Belia Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya. Puteri UMNO Selangor seperti kebiasaannya setiap tahun mewujudkan perkampungan merah jambunya (Pink Village) di mana, di dalam Pink Village ini, pelbagai program seperti jualan gerai, persembahan, dan lain-lain pengisian diadakan demi menyumbang kepada kemeriahan Festival Belia Kebangsaan bagi tahun 2013 ini.

Bagi program ceramah motivasi, penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah beliau mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: