Khamis, 2 Mei 2013

Ceramah Penerangan Isu Semasa PRU 13 di Felda Kepis, Kuala Pilah

2 Mei 2013, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Penerangan Isu Semasa Negara menjelang PRU 13 telah diadakan bertempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Kepis, di Kuala Pilah. Program telah diadakan mulai jam 9.30 malam hingga ke jam 11.30 malam.

Program telah dimulakan dengan memberi peluang kepada Dato' Hasan Malek, Calon Barisan Nasional (BN) di Kawasan Parlimen Kuala Pilah ini untuk berucap menyampaikan amanat kepada para pengundi di Parlimen Kuala Pilah ini.

Selesai sahaja ucapan daripada Dato' Hasan Malek, seterusnya program memberi laluan kepada penceramah undangan iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah mengupas pelbagai isu bagi memperjelaskan perincian fakta sebenar supaya semua yang hadir dapat menilai dan seterusnya membuat pilah yang tepat ketika PRU-13 nanti.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: