Selasa, 28 Mei 2013

Motivasi "Kompetensi Keusahawanan" di Corus Paradise, PD

28 Mei 2013, Port Dickson : Satu Ceramah Motivasi Keusahawanan telah dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Negeri Sembilan. Program ini diadakan khusus buat penerima penerima bantuan e-kaseh bagi memulakan perniagaan masing dengan sedikit bantuan kerajaan agar mereka ini dapat berkembang maju dari masa ke semasa meskipun persaingan tu mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Kompetensi Keusahawanan" mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Program ini berlangsung di Hotel Corus Paradise, Port Dickson.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: