Rabu, 8 Mei 2013

Ceramah Motivasi "Pembinaan Pasukan" di LKIM, JB

8 Mei 2013, Johor Baharu : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pekerja telah dianjurkan oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Larkin, Johor Baharu. Program ini melibatkan para pegawai serta kakitangan LKIM dari seluruh negeri Johor Darul Takzim.

Program ceramah ini melibatkan tajuk "Kemahiran Interpersonal" serta "Pembinaan Pasukan". Ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang. Kira-kira 90 orang peserta terlibat di dalam program ini.

Penceramah yang telah diundang bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan telah dikongsi bersama bagi mengukuhkan kekuatan organisasi serta caragaya membentuk semangat kerja sepasukan yang boleh membawa organisasi menuju pencapaian serta matlamat yang diharapkan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TERBAIK....

Tanpa Nama berkata...

Wahh...Menarik semua gambar yang di post kan...wajah ceria semua warga LKIM di kerjakan oleh En. Syamsul, hehehe. Terima kasih En. Syamsul kerana berjaya mengurangkan stress kami semua. Tapi kan, dalam banyak-banyak gambar tu, gambar En. Syamsul yng paling kelakar. :)