Jumaat, 3 Mei 2013

Ceramah Penerangan Isu Semasa di Parlimen Segambut

3 Mei 2013, Kuala Lumpur: Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa Negara menjelang PRU-13 ini telah diadakan bertempat di Perkarangan Letak Kereta Masjid Firdaus, Jalan Segambut Luar, Wilayah Persekutuan.

Program ini telah memilih Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) selaku penceramah undangan. Pelbagai isu dalam negara telah dihuraikan dan diulas oleh Sdr Syamsul bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan orang ramai. 

Turut hadir sama ke program ini adalah YBhg Pn JayathiBalaguru, Calon Barisan Nasional di Parlimen Segambut.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut dijalankan


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: